Friday, June 19, 2009

Thundercatss.....hooooooooo!!!!!

Ya salam...mm ustaz penah berkata "doa ibarat pedang"...Ya ibarat pedang... kalau ayat ni sekali tgk macam biasa je. kita di ajar yg doa adalah talian hayat plg penting dlm hidup manusia. islam ke kristian ke ,hatta atheis pn bila dh smpai waktu genting fitrahny akn meminta kpd yg maha kuasa yg bisa membantunya. Cuba kt tgk dr sisi2 yg lain ayat ini...tepat skali doa itu mmg ibarat pedang. tp sejauh manakah pedang yg kt gunakan itu dpt membantu? skang cb kita teliti lg dgn sedikit kajian microscopic, pedang yg penting ke atau si pengguna pedang yg penting? pastinya kita akn mengatakan tuan pedang itu yg penting. TEPAT skali!! hehe ape yg aku cb nk katakan ni ialah seme bergantung kepada si pendoa atau si "tuan pedang" itu. jika pedang Thundercats yg kt dpt tapi pedang pn xpernah sentuh sblm ni, apatah lg nk main pedang. Jadi ape agaknye yg berlaku bile diserang oleh monster2 yg bisa membunuh kita?? bleh agak kot? huhu tp kalau kt dapat pedang patah sekalipun..tp kt memang hebat bermain pedang datangla monster ke nenek monster ke insylh bleh dikalahkn. Haaaa skng nampak tak sedikit pemikiran nano yg cb ku bawa ni..?? seme bergantung pada diri kita jugak..kalu diri ni byk dosa, jarang nk igt pada DIA raseny peluang termakbul doa tu brp percent agaknya???. Tp kalau hati kita baik, ikut segala perintahnya, datangla seribu masalah sekalipun insyallah semuany bisa terungkai dgn doa2 atau pedang2 yg mustajab itu..peringatan penting utk aku yg sering lalai ni. Mmmm ya Allah bersihkan hati2 yg sering lupa kepadaMU ini.

Thursday, June 11, 2009

RODA yg semakin hausss..

kiasan hidup ibarat roda, kekadang diatas dibawah…. mungkin ade yang kate berada diatas lebih enak dari dibawah tapi bg saya dibawah itu kemanisannya lebih……mendalam.. cuba kita tengok roda bila dia berada dibawah bermakna dia bergeser dgn jalan dan semakin lama semakin haus walaupun pada zahirnya negatif yang dilihat ,namun pada positifnya orang tak nampak , sebenarnya tayar yang haus dulunya membantu kereta bergerak,tidak gelincir dan macam2 manfaat. tapi manusia hanya suka melihat yang terbaru dan terkini namun hakikatnya sejarah tayar itu yang lebih penting kerana tanpa sejarah tayar itu tiadalah kereta pemandu dan tayar itu sendiri pada hari ini..so kesimpulannya marilah kita bersama merasai dan menghargai jasa nabi kita, para sahabatnya kerana telah bermati-matian membawa dan menegakkan agama Allah iaitu islam hingga kita pada hari ini menikmati nikmat islam itu sendiri walaupun terkadang kita lupa diri.Bersama itu juga kita sama menghargai jasa orang lama yang telah memberi kemerdekaan kepada kita walaupun pada hakikatnya kita masih belum merdeka kerana pemikiran kita masih dijajah oleh pemikiran orang2 kafir laknatullah…mmm ntah bile nk btul2 merdeka nih(nk tggu dajal dtg kot??) wassalam….

renung dan bertindak

Thursday, May 28, 2009

Tunggu pny tunggu...

waduh apsal ilham xturun lg nih..huhu... terperap kt umah ni bt kepala jd xberapa nk jalan sgt.. :(
tp pape pn congrats kpd Barcelona sbb dh tlg mengalahkn Manchester U. Aku berasa gumbira haha..jgn mara aa die hard fan MU. Now we can see the real football, the art of football. MU pn kire dh menang gk kn? menang no 2 ok la tu kn. mmm ilham still xturun2 lg hehe biar ku pikirkn lg mmmm...

Tuesday, May 26, 2009

Can we fix it???


Sabar….perkataan yg sungguh senang diucap tp amat payah di zahirkn. Belum pasti org yg dinobatkn “the strongest man in the world” itu org yg paling kuat secara total. Bg aku org yg plg kuat adlh org yg masih mampu tersenyum wlpn problem atas bahu sgt la besar. Aku salute la dgn sepupu aku sorg nih. Die sebaya dgn aku tp udah berkahwin pak..hehe. Skang bekerja di Kilang Perodua di Bukit Beruntung. Cukup la ak katakn yg die nih ada family problem yg aku rasakn agak besar. Terpisah dgn anak isterinya selama 5 bln(xdpt tgk anak yg bru lahir,sekadar dlm gambar yg di send thru MMS). Mau xgila dibuatnya. Baru2 ni dia satu family pergi ke umah mertuanya utk menyelesaikn problematika yg terjadi. Tp sebaliknya yg berlaku, diorg pulang hampa….

Balik, diorg singgah ke umah family aku. Dpt la aku jmpe dgn sepupu aku yg dh lame aku xjmpe. Maklumla dok belajar jauh kt Ipoh (haha..jauhnyeee..) time makan malam kami pon sembang2 la, cerita apa yg terjd n problem yg melanda..Haaa ni masuk bab yg aku nk cite sbnrnya. Yg aku kagum dgn die nih, wlpn dr segi lumrahnya mest rase serabut kepala hotak nih memikirkn cmne la nk selesaikn prob nih. Tp aku tgk die rilek je.. bleh senyum2 gelak2 sket. Waaaaa hebat btul die nih. Klu aku xtau la ape yg jd. Die ckp kt aku “Allah nk uji ni seberape byk kt bergantungan kt die. Maybe sblm ni saye kurg bergantung kt die”. Waduh…berfikir sejenak aku.. macam ni la yg kt harus praktikn sebnrny. Allah menguji manusia itu tidak lain dan tidak bkn utk melihat strength yg ada dlm jiwa2 manusia tu. Sekaligus siapa yg dpt mengatasi or mengawal problem tu, Allah tingkatkn darjatnya. Seperti firman Allah bahawa Dia tidak akan membebani seseorg itu dgn sesuatu yg tidak dpt manusia tu tanggung. Jd it back to ourselves. Sebesar mana pn masalah yg dtg, selagi kt percaya dgn qada n qadarnya. Insyallah every problem can be solve. Can we fix it?...Yes we can!!

“Kalau kita hilang harta hidup xjejas mana, kalau kita hilang cinta separuh hidup gelap gulita, kalau kita hilang semangat seluruh hidup rasa xbernyawa”(kata2 david teo si Producer…bt renungan bersama)

Monday, May 25, 2009

topsy turvy

hai...byk tul bde dlm kepala nih... xtersusun dgn sistematik. gi mana ni sih.? xpe2 ilek pikir dan trus pikir...haha. Ya Allah kurniakan aku Qaulan tsaqilan smoga kata2 yg keluar manfaat utk ku dan siapa yg membaca..amin (kdg2 bermasalah nk susun ayat haha....ssh gk nk jadi sasterawan ni ye)

Sunday, May 24, 2009

Decor

for the time being i'm still learning how to edit html n decorate my blog ;) so terima je la ye dgn warna2 striking kt blog aku nih yg mungkin dapat mewarnai diri n hari2 pembaca ...peace y'all

Mereka ada telinga tetapi mereka tuli


IMAN ADALAH MUTIARA(Saturday, January 14, 2006)



kenapa orang tanye nape kene pakai tudung, nape perlu tutup aurat???nape?? ade yg kate kecantikan tu perlu di tunjuk kat orang lain spy baru lah orang tengok skit... ade yg kate nak kongsi kecantikan yg Allah bg... tp sebenarnya perempuan dan kecantikan mereka ibarat mutiara yg perlu dibalut bukan kerana nak menutup kecantikan tetapi nak jaga dan kekal kecantikan yg ade ...supaya tetap bersinar gemilang. mutiara tetap mutiara takkan pernah berubah menjadi manik tau segala macam lagi yg nilai dan harganya kurang dihargai... seperti manik yg berlakon menjadi mutiara... soo... skang pilihan ade dua sahaja kerana tiada antara dua dalam islam kita nak jadi mutiara yg dihargai atau manik yg bertopengkan mutiara yg semakin hari kehilangan megahnya...

Sacrifice for whom??!!!


jihad = bersusah-payah dan berkorban keranaNYA

(Wednesday, December 28, 2005)

"katakanlah ya Allah pemilik kerajaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari sesiapa sahaja yang engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang engkau mahu. Ditangan mu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. sesungguhnya engkau berkuasa berbuata apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dengan malam , dan malam , dan malam dengan siang, dan engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati, sebagaimana engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa terhitung kepada sesiapa sahaja yang engkau mahu."(surah Ali "imran)

lihatlah bertapa Allah sudah menjanjikan dan memberi bukti kepada kita bahwa DIA senang saje memberi dan menarik balik suatu nikmat yang sangat diidamkan oleh makhluk yang bernama "insan" yang sentiasa lalai dan leka. hatta haiwan pun inginkan kekuasaan supaya dapat mengawal kawasanya. tetapi ternyata saje manusia tak pernah sedar dan insaf dgn janji Allah ini, cuba kita lihat saddam hussein yang dahulunya gah sebagai pemerintah yang memounyai tentera yang kuat akhirnya mudah saje dikalahkan oleh "Amerika laknatullah" , lihat saje amerika yang ranap sesudah cik "katrina" melintasi negara itu. mudah saje tuan2. tidak perlu pesawat canggih, tidak perlu bom nuklear, sekelip mata hancur musnah seluruh kawasan.

Jadi kenapa kita perlu sombong pada Allah? sedang Allah telah berfirman (3:92)"kamu tidak(digunakan perkataan 'lan' yg bererti tidak utk selama2nya) akan mencapai kebaikan/kebajikan yg sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui"
lewat kita berpendirian seperti ingin melampaui dan mencari jalan bahagia dan terkadang terjerumus kedalam dunia maya yg ingin "mencari cinta" sendiri . jadi ape yang kita dapat cinta mainan sementara yang hanya berlandaskan nafsu dan inginkan publisiti. apakah kita sudah kuat benar utk melawan kata-kata Allah yang maha mengetahui itu, tidak takutkah kita pada janji azabnya yang maha dahsyat, masyarakat kita sudah melarat, bangsat, dan merempat namun kita masih senang duduk bersembang tentan AF, malaysian idol dan segala macam lagi..... tidak dapat digambarkan rase sedih melihat masyarakat kita yang kononya bertamadun dan maju sedang sebenarnya kita lebih hina dari haiwan. cuba kita lihat senario masyarakat yang sudah tidak kenal anak dan saudara semua diratah tanpa belas, dan wanitanya pulak mengalahkan mat salleh terbelah sane terbukak sini, sedangkan haiwan pn mempunyai bulu utk menutup dan melindungi tubuh. Jadi kita sebagai pemuda - pemudi islam marilah bersama kt kt menjadi suatu trigger kepada masyarakat agar dapat berubah sebelum terlambat. sesungguhnya Allah berfirman(2:267) "hai org2 yg beriman, nafkahknlah (dijalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yg baik2 dan sebahagian dari apa yg kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan jgnlh kamu memilih yg buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dgn memejamkan mata terhadapnya. dan ketahuilah bahwa Allah maha kaya lagi maha terpuji."maka kt sebagai pemuda pemudi islam yg berjiwa besar segeralh kita bertindak dan berjihad ke jalanNYA sesungguhnya 'tidak akan miskin jika kita membela islam'. mungkin kemanisan itu tdk dibayar disini kerana nikmatnya tak terbayar oleh dunia,namun pasti kita takkan menyesal. siapa lagi jika bukan kita dan bila lagi jika bukan sekarang.

If U go out in the woods today U better go in disguise

Tirai besi(Thursday, September 15, 2005)


hari yg berlalu agak membosankn, tak lama lg dh nak final ..... kadang2 tersentak di sudut kecil atau mungkin disuatu penjuru yg tak diketahui lokasiny dlm hati yg kecil ini(namun sebenarnya ia organ terbesar dlm tubuh) terasa apa yg telah aku buat sepanjang aku hidup ni... apa sumbangan yg tlh aku buat... andai tak mampu utk orang lain utk diri sendiri pun cukuplah..... bila dipikir balik macam hidup ni kosong......walau terkadang diri melaung2kn kata2 mengabdi diri dan berserah diri pd DIA namun ia hanya hipokrit semata.... sampai bila nak jadi macam ni.... hidup ni jugak kadang2 mcm burung dlm sangkar . sedari kecil tatkala mata terbuka ,paru2 mula menerima udara pertama, organ2 tubuh mula bekerja dgn sendiri utk berdikari diri sudah terkurung didalam sangkar..... pabila diri dah meningkat dewasa paruh dah mula panjang dan megeras terasa diri sudah gah...melihat sahabat2 diluar yg gembirabeterbangan tanpa dibatasi sempadan membuakkn lg diri utk keluar ..lalu paruh yg panjang mula belajar menguis selak dipintu sangkar yg membezakan antara dua dunia... andai nafsu tak dapat menolak keinginan diri utk keluar maka paruh yg panjang tadi dapat mambuka selak sangkar tadi lalu beterbanganlah burung tadi dengan girangnya tanpa memikirkan natijahnya...... hidup yg bebas diluar tak seprti yg diimpikan .kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. siapa yg kuat menjadi raja siapa yg kalah terus merana...kini tempat bergantung tiada lagi lalu terdetik kambali rasa insaf utk inginkembali lepangkal jalan..... begitulah manusia sangkar ni ibarat islam tu sendiri walau disuatu sudut ada yg beranggapan islam tu menghalang kehidupan bebas manusia namun disebaliknya seribu hikmah... kita dilindungi dari segala bahaya dan dosa.... makanan ibarat jaminan pahala andai kita patuh padaNYA makanan akan diberi tanpa diminta balasan.....lalu mengapa kita memilih hidup diluar sangkar yg sememangnya indah khabar dari rupa dan tidak dapat menjanjikan apa2 kerna bahaya sering menanti kita, andai ajalny sampai maka mati kataklah dia tanpa dihiraukan maka terseksalah jasad dan batinnya.....so jalan mana yg kita pilih jalan yg luas ke jalan yg sempit????
p/s ini hanya dari sudut pandangan aku je andai tersalah tegurlah aku

2nd post .......terkenang semasa dulu...

Dihati ini hanya tuhan yg tahu(Wednesday, September 14, 2005)

hari ni, oop bkn hari ni smalam. bende klaka blaku kt klas microbe...kwn aku kene soal... lecturer tanya what is the target organ in the gastrointestinal infection(tuan badan jgn mara aaaa..) pastu die diam. lect. ty lg is it brain.... pelan- pelan die angguk.. do you sure? dgn steadyny dan mungkin brcampur rasa sengal2 skit die jawab balik "brain" . rase cam nak tegelak (gastrointestinal ni kat perut=intestine) camne mamat ni boleh ya kan saje ckp lect. tu padahal terang2 bende tu salah ... ni yg dikatakan kehebatan lect.microbe kami. walaupun kadang2 aku rase cam tension masuk klas die tp bile pikir2 balik apsal bile die marah kt takde rase nak marah die balik.... hmmmm apsal yep??? aku dok bincang2 ngan mamat yg kene marah kat kedai mamak. kami berkata sepakat mungkin tukah tande die ni marah ikhlas......kat sini kt bleh nampak... kadang2 bende yg kite tak suke bende tulah yg baik utk kite dan kadang2 bende yg kite suke tulah yg tak bagus utk kt..........ni lah kelemahan kt... suke membuat "first impression" yg sebenarny menjadi mind set dlm otak kt dan akhirny kt membuat penilaian yg tak betul ... akhir skali kt gak yg merana...................... ikhlas ni kadang2 susah org nak nampak dan kadang2 susah org nak terima ...sebab tulah org kata dihati ini hanya Allah yg tahu....manusia itu hy dapat membuat macroscopic observation je....tp manusia ttp suka pd yg nampak je padahaltuhan yg bg pahala and dosa..........
p/s tp sayang skali lect. microbe kami bukan muslim.......




my first ever post...

triggers

assalamualaikum kpd sahabat2 disana disini dan d'mana2 blog2 korang telah muanguja kan aku untuk turut sama menjadi blogger yang berjuang atas matlamat tersendiri..... smoga d'pentas ini bakal tercetus perubahan dan segala macam cetusan yg dpt terbit hatta dr celahan batu ,dinding atau meja komputer korang....

Saturday, September 10, 2005

lame btul tarikh ni...mmm.. udah hampir 4 tahun. waduh lamanya

back to the future !!!!!!!!!!!!!!

salam..kt sini posting2 yg pnh aku buat mase bergiat kejap dlm blogging nih..so utk mendapatkn semngt kesinambungan tu blek aku post blek post2 lame utk tatapan umum n aku sdr...
(actually blog lame dh lupe password die haha...so naak xnak bt baru la).. xbyk pon post sblm ni sbnrny huhu..but amat bermakna bg aku...

Thursday, May 21, 2009

Ya Allah, mulakan hariku dgn....

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

HOLA

salam,...sejak sekian lame meninggalkan kerje2 blog nih(pengaruh kwn2 la dulu). sekarang dah terbuka hati balik nak berblog. Cume idea tu yang belum timbul2. xpe, ..insyallah cuti yg agak panjang nih akn aku cube perahkan otak nih...(baru lepas exam sbnrnye huhu..alhamdlulallah pass). Kepada rakan2 yang dikasihi sebarang komen amat dialu-alukan. sebarang idea2 atau luahan feel free to share hehe...orang kate erti hidup pada memberi, jadi marilah kita memberi sebanyak2nya agar kt menjadi seorang yg sangat menghargai dgn ape yg kt ada..insyallah.amin